PENGHARGAAN BUAT PEMIMPIN MUDA: TAMURI RAI JASA DAN KOMITMEN BARISAN KEPIMPINAN MURID SESI 2025/2026
SKUDAI, 17 DISEMBER β Sebagai menghargai sumbangan, dedikasi, dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang sesi persekolahan, Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini (SKTMR) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Pemimpin Muda Sesi 2025/2026. Majlis yang penuh bermakna ini berlangsung dengan jayanya di Dataran Ilmu SKTMR pada hari Rabu, bermula jam 8:45 pagi hingga 12:20 tengah hari.
Majlis ini diadakan khusus untuk meraikan barisan pemimpin murid yang menjadi nadi penggerak disiplin dan pengurusan sekolah, merangkumi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber (PSS), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), serta pelbagai unit pemimpin muda yang lain termasuk Skuad ICT, Skuad Musolla, Skuad SPBT, dan Unit Lestari.
Penganjuran majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan rasmi kepada para pelajar yang telah memikul tanggungjawab dengan penuh amanah dalam membantu guru-guru melancarkan operasi harian sekolah. Sepanjang majlis, para pemimpin muda ini telah dianugerahkan sijil penghargaan sebagai simbolik terima kasih pihak sekolah atas keberanian, kepimpinan, dan pengorbanan masa yang telah mereka berikan.
Suasana di Dataran Ilmu diselubungi rasa bangga apabila melihat barisan pemimpin muda ini segak berpakaian seragam mengikut unit masing-masing. Pihak sekolah menyifatkan peranan pemimpin muda ini bukan sekadar menjalankan tugas, malah mereka merupakan suri teladan (role model) kepada murid-murid lain dalam aspek sahsiah dan disiplin diri.
Dengan berakhirnya majlis apresiasi ini, diharapkan segala pengalaman dan kemahiran kepimpinan yang diperoleh sepanjang memegang jawatan dapat dijadikan bekal berharga buat mereka untuk terus cemerlang di masa hadapan. Syabas diucapkan kepada semua Pemimpin Muda SKTMR Sesi 2025/2026 atas khidmat cemerlang anda!
Link pautan gambar: https://photos.app.goo.gl/kGmuicTzXGRTLKng6













