PENGIKTIRAFAN BAKAT DAN POTENSI: TAMURI RAI KEJAYAAN MURID DALAM MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM 2025/2026

SKUDAI, 17 DISEMBER – Bidang kokurikulum terus menjadi wadah utama dalam pembangunan modal insan yang seimbang di Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini (SKTMR). Sehubungan itu, satu majlis penuh bermakna iaitu Majlis Apresiasi Kokurikulum Sesi 2025/2026 telah diadakan bagi menghargai pencapaian cemerlang murid-murid dalam aktiviti luar bilik darjah.

Majlis yang berlangsung di Dataran Ilmu SKTMR bermula seawal jam 7:30 pagi hingga 9:00 pagi itu telah dirasmikan oleh Encik Mohd Najib bin Salleh @Ali. Kehadiran beliau sebagai perasmi majlis memberikan suntikan semangat buat para atlet dan ahli kelab yang telah menunjukkan kesungguhan serta disiplin tinggi sepanjang tahun persekolahan ini.

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan rasmi kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai cabang kokurikulum, merangkumi sukan dan permainan, kelab dan persatuan, serta unit beruniform. Pengiktirafan ini bukan sahaja diberikan kepada mereka yang mencapai kemenangan di peringkat sekolah, malah turut meraikan mereka yang berjaya menghantar wakil ke peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan.

Dalam majlis tersebut, pelbagai kategori anugerah telah disampaikan, termasuklah anugerah tokoh harapan dan tokoh kokurikulum bagi menghargai komitmen luar biasa murid dalam mengimbangi pencapaian akademik dengan aktiviti fizikal serta kepimpinan dalam organisasi.

Pihak sekolah berharap agar majlis apresiasi ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga didik SKTMR untuk terus aktif dalam bidang kokurikulum. Kejayaan yang diraih pada sesi ini diharapkan dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi pada masa hadapan, sekali gus melahirkan generasi yang bukan sahaja bijak intelek, malah cergas dan berdaya saing.

Link pautan gambar : https://photos.app.goo.gl/vBEDEw3NoifZpaqWA

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *