MEMUPUK GAYA HIDUP SIHAT: MURID SKTMR SERTAI AKTIVITI PENULISAN DIARI PERANCANGAN SARAPAN PAGI BERINSPIRASIKAN PLANTA
SKUDAI, 2 DISEMBER 2025 β Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mutiara Rini telah menganjurkan Aktiviti Penulisan Diari Perancangan Sarapan Pagi Planta sebagai kesinambungan kepada usaha berterusan sekolah dalam mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan murid.
Aktiviti kreatif dan mendidik ini telah dijalankan pada hari Selasa, 2 Disember 2025, dari jam 7:30 pagi hingga 9:30 pagi, serentak di Kelas Masing-Masing.
Aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Kantin SKTMR ini merupakan sambungan kepada Program Sarapan Sihat SKTMR yang telah dilaksanakan secara bulanan sejak Ogos 2025. Kali ini, ia mengambil jenama PLANTA sebagai inspirasi utama dalam merancang menu sarapan sihat dan berkhasiat.
Melalui aktiviti ini, murid-murid dikehendaki mencatat dan merancang pelbagai menu sarapan sihat diari mereka, sekali gus meningkatkan kesedaran tentang kepentingan nutrisi dalam permulaan hari persekolahan.
Pihak sekolah merakamkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah berjaya melengkapkan diari mereka dengan penuh kreativiti. Murid yang menghasilkan diari sarapan terbaik akan diberi pengiktirafan istimewa dan dinobatkan sebagai Adiwira Sarapan Planta pada majlis yang akan diadakan pada 9 Disember 2025 nanti.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SKTMR atas kerjasama dan sokongan padu terhadap aktiviti yang menyokong kesejahteraan murid ini
πΈGaleri Foto:
https://photos.app.goo.gl/7qa2m3mcmRkwQ95u9













