JERAYAWARA KPPD JB DI SKTMR: PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KONGSI VISI ‘LEGACY IN MOTION’ UNTUK 100 HARI TERAKHIR

SKUDAI, 20 NOVEMBER 2025 – Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mutiara Rini telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi Jerayawara Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) Johor Bahru yang bertajuk “Legacy in Motion: The Final 100 Days”.

Sesi perkongsian bicara profesional yang strategik ini telah diadakan pada hari Khamis, 20 November 2025, bermula jam 2:00 petang, bertempat di Mindroom, SK Taman Mutiara Rini.

Jerayawara ini menampilkan perkongsian inspirasi daripada Tuan Haji Saliman Bin Selamat, Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru. Beliau berkongsi visi, hala tuju, dan strategi pelaksanaan untuk tempoh 100 hari terakhir bagi memastikan semua inisiatif pendidikan daerah dapat disempurnakan dengan cemerlang menjelang akhir tahun.

Turut hadir memeriahkan sesi ini ialah Encik Rohaizad bin Selemin, Penolong Pegawai Pendidikan Menengah dan Tingkatan Enam, yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah.

Seramai 36 orang guru besar dan guru penolong kanan (GPK) dari beberapa buah sekolah dalam daerah Johor Bahru turut terlibat dalam sesi perbincangan ini, termasuk dari SK Sri Skudai, SK Taman Tun Aminah, SK Taman Universiti 2, SK Taman Selesa Jaya, SK Taman Tun Aminah 2, SK Taman Damai Jaya, SK Taman Universiti 2, dan SK Taman Mutiara Rini sendiri.

Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan tuan rumah pada jam 2:00 petang, diikuti dengan Bicara Profesional KPPD pada jam 2:10 petang. Sesi ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi fotografi pada jam 4:30 petang, menandakan komitmen kolektif pemimpin sekolah dalam menjayakan legasi pendidikan daerah.

🎦 Pautan album gambar : https://photos.app.goo.gl/jToTS32NSNz23N3k6

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *