SKTMR GENERASI DIGITAL BERETIKA: KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) JOHOR 2025 DIRASMIKAN YB TEO NIE CHING DI UTM

UTM SKUDAI, 21 NOVEMBER 2025 – Kempen Internet Selamat (KIS) Peringkat Negeri Johor 2025 telah dirasmikan dengan jayanya oleh Yang Berhormat Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi, dalam satu majlis yang penuh bermakna di Dewan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), hari ini.

Program anjuran Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penggunaan internet secara beretika dan selamat. Ia memberi tumpuan khusus kepada golongan rentan seperti kanak-kanak bagi membina budaya keselamatan siber dan mengelakkan risiko jenayah dalam talian.

Lima orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mutiara Rini turut berpeluang menyertai kempen penting ini. Mereka diiringi oleh Guru Pembimbing, Ustazah Nadhirah Yasmin binti Ahmad Badrul Hisham.

Murid-murid yang terlibat ialah:

  • Muhammad Aisy Hafiy bin Ahmad Sairudin (4 Amanah)
  • Muhammad Haris Mirza bin Zaidun (4 Amanah)
  • Wardah binti Zainal Ariffin (4 Amanah)
  • Hajar Nurhanania binti Hasmi (4 Amanah)
  • Nurfatma Hanum binti Mohd Hairil (3 Emerald)

Program pada hari Isnin, 21 November 2025 ini menghimpunkan kira-kira 400 pelajar UTM Johor Bahru, 100 pelajar dari sembilan sekolah sekitar daerah ini, serta 50 pelajar dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim.

Antara mesej utama yang ditekankan dalam kempen ini ialah penegasan mengenai had umur minimum 13 tahun untuk memiliki akaun media sosial, selaras dengan garis panduan keselamatan digital antarabangsa.

Menurut data yang diumumkan, di Johor sehingga 15 November 2025, sebanyak 468 sekolah telah melaksanakan modul KIS, melibatkan penyertaan seramai 3,435 pelajar.

Majlis perasmian turut dihadiri oleh pemimpin dan pegawai kanan agensi negeri, termasuk Pengarah Kanan SKMM Wilayah Selatan Tuan Haji Ts. Rizal Abd Malek; Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Encik Mohd Asnawi Amat Jupri mewakili Pegawai Daerah Kulai; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTM, Professor Ts. Dr. Ali Selamat; Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Puan Norazalinawati Dahlan; serta Pengarah SKMM Johor, Puan Nurzie Ibrahim.

Galeri gambar : https://photos.app.goo.gl/YbSYRTBXybb2ib9L7

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *