WELCOME BACK TO SCHOOL 2026 ! PEMANGKU PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR SERTAI WARGA TAMURI
SKUDAI, 12 JANUARI β Loceng pertama bagi sesi persekolahan tahun 2026 bergema dengan penuh semangat di Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini (SKTMR) hari ini melalui program “Welcome Back to School”. Seawal jam 6:30 pagi, suasana pintu pagar utama sekolah telah dipenuhi dengan senyuman dan keterujaan bagi menyambut kepulangan murid-murid ke menara ilmu.
Majlis sambutan hari pertama ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran En Ali@Zainalabidin bin Syed Mohammed, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Dan Pengurusan PPD yang kini menjalankan tugas sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Johor. Beliau bersama-sama barisan pentadbir sekolah, wakil JPN, PPD, serta Jawatankuasa PIBG telah berdiri di pintu pagar utama untuk menyapa dan memberikan kata-kata semangat kepada murid-murid.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Dr. Norlly binti Mohd Isa (Pegawai SISC+ Matematik & Sains) serta Dr. Norman bin Sapar (YDP PIBG SKTMR). Sebagai tanda penghargaan dan galakan, sebanyak 300 hadiah ‘Early Bird’ sumbangan PIBG dan Unit Bimbingan & Kaunseling telah diberikan kepada murid yang hadir awal. Tidak dilupakan, penghargaan turut diberikan kepada 5 orang guru terawal sebagai simbolik dedikasi warga pendidik.
Fokus utama pada hari ini juga tertumpu kepada pelaksanaan Program Transisi Tahun Satu 2.0. Program ini dirangka secara khusus untuk membantu murid-murid Tahun 1 menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, rakan baharu, dan guru-guru dalam suasana yang menyeronokkan. Melalui fasa penyesuaian ini, murid didedahkan dengan rutin sekolah secara santai bagi membina keyakinan diri serta kesediaan sosioemosi sebelum bermulanya sesi pembelajaran formal.
@sktmrjba1093 SOROTAN HARI PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2026. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH MURID2 TAMURI. βDATANG DENGAN HARAPAN,PULANG DENGAN KEJAYAANβ #FabulousTAMURI#TAMURI#SKTMR#WELCOMEBACKTOSCHOOL β¬ Semangat Tak Padam – gonoajah
Bagi menceriakan suasana, pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang waktu pagi:
- Ice Breaking Game: Dikendalikan oleh Unit Kaunseling bagi membina semula momentum dan ukhuwah murid.
- Warna Potret Diri (Character Reveal): Aktiviti kreatif anjuran Panitia Pendidikan Seni yang membolehkan murid mengekspresikan identiti dan azam baharu mereka.
Kehadiran barisan kepimpinan tertinggi pendidikan negeri Johor ke SKTMR hari ini membuktikan komitmen berterusan pihak jabatan dalam memastikan kebajikan serta kesediaan murid berada pada tahap optimum. Program yang berakhir jam 10:00 pagi ini berjaya mewujudkan aura positif, sekali gus memberi isyarat bahawa warga SKTMR kini bersedia sepenuhnya untuk mengharungi sesi akademik 2026 dengan lebih cemerlang.
Pautan gambar : https://photos.app.goo.gl/2t2k3FDfTeeycvdx8













