SARAPAN SIHAT, PRESTASI HEBAT! SK TAMAN MUTIARA RINI SEMARAKKAN KESEDARAN PEMAKANAN SEIMBANG

SKUDAI, 30 SEPTEMBER 2025 – Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini (SKTMR) giat melaksanakan Program Sarapan Sihat SKTMR 2025, satu inisiatif berterusan yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengambil sarapan yang berkhasiat serta membentuk amalan pemakanan seimbang dalam kalangan warga sekolah.

Program ini dilancarkan secara bersiri, bermula Ogos hingga Disember 2025, di mana pihak kantin sekolah akan menyediakan jualan menu sarapan sihat khas sekali dalam sebulan kepada seluruh warga SKTMR.

Objektif utama program ini adalah untuk:

  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sarapan sihat.
  • Membentuk amalan pemakanan seimbang dalam kalangan murid.

Siri pertama program telah diadakan pada 26 Ogos 2025 (Selasa) dan siri kedua baru sahaja selesai dilaksanakan pada 30 September 2025 (Selasa), kedua-duanya bertempat di Kantin SKTMR.

Melalui program bulanan ini, pihak sekolah berharap agar semua warga sekolah, terutamanya murid-murid, dapat membina tabiat pemakanan yang sihat, kekal bertenaga sepanjang hari persekolahan, dan seterusnya meningkatkan fokus serta prestasi dalam pembelajaran harian.

Siri pelaksanaan program yang seterusnya dijadualkan berlangsung pada 28 Oktober 2025.

Pihak pengurusan sekolah merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini.

SARAPAN SIHAT, PRESTASI HEBAT! itulah cogan kata yang dilaungkan bagi memastikan murid-murid SKTMR sentiasa cergas dan cemerlang.

πŸ“Έ Galeri Gambar : https://photos.app.goo.gl/K2aFyg2KdZYXHNft7

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *