KEPEMIMPINAN DAN DISIPLIN TERAS KOKURIKULUM: JPN JOHOR PANTAU PERHIMPUNAN BULANAN PERTAMA 2026 SK TAMAN MUTIARA RINI
SKUDAI, 19 JANUARI β Semangat jati diri dan disiplin melalui aktiviti beruniform terus diperkasakan di Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini (SKTMR) melalui pelaksanaan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Kali Pertama bagi Tahun 2026. Perhimpunan yang berlangsung di Dataran Ilmu ini dikendalikan sepenuhnya oleh murid-mutid dengan pemakaian uniform lengkap bagi memupuk ciri-ciri kepimpinan sejak awal tahun.
Bagi perhimpunan sulung tahun ini, tugas sebagai Unit Bertugas telah digalas dengan cemerlang oleh Unit Uniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM). Murid-murid daripada unit PPIM telah mempamerkan kualiti kepimpinan yang tinggi dalam mengendalikan protokol perhimpunan, bermula daripada kawad masuk, laporan komander, sehinggalah kepada bacaan ikrar dan doa.
Keistimewaan perhimpunan kali ini adalah dengan kehadiran Encik Isfandi Adi bin Ahmad, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, yang hadir bagi tujuan pemantauan pelaksanaan. Kehadiran beliau bertujuan untuk memastikan pengurusan kokurikulum di peringkat sekolah mematuhi piawaian yang ditetapkan serta melihat sendiri keberkesanan pembangunan bakat kepimpinan murid melalui aktiviti badan beruniform.
Dalam sesi pemantauan tersebut, pihak JPN Johor dapat melihat komitmen tinggi warga pendidik SKTMR dalam melatih murid-murid untuk berdikari dan berani tampil di hadapan khalayak. Perhimpunan bulanan ini merupakan platform penting bagi mengiktiraf peranan unit beruniform sebagai salah satu elemen utama dalam pembentukan karakter murid yang seimbang.
Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih atas lawatan pemantauan ini, yang secara tidak langsung memberikan motivasi tambahan kepada unit kokurikulum sekolah untuk terus memberikan yang terbaik bagi sesi 2026. Syabas diucapkan kepada Unit PPIM atas kelancaran tugas yang diberikan!













