TAMURI SEMPURNAKAN MESYUARAT PEMILIHAN JAWATANKUASA MURID UNIT SUKAN 2026
ISKANDAR PUTERI, 20 JANUARI β Sesi persekolahan 2026 terus rancak dengan penganjuran Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Murid bagi setiap unit Sukan dan Permainan di Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini (SKTMR). Perjumpaan yang bermula pada jam 7:30 pagi ini merupakan platform penting dalam menerapkan nilai kepimpinan dan demokrasi dalam kalangan murid sejak awal tahun.
Dalam mesyuarat sulung ini, setiap unit sukan telah melaksanakan proses pencalonan dan pengundian bagi melantik barisan kepimpinan murid yang bakal menerajui organisasi masing-masing. Jawatan yang dipertandingkan merangkumi Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, serta ahli jawatankuasa mengikut tahun.
Sebanyak 11 unit sukan dan permainan telah berjaya membentuk barisan jawatankuasa baharu bagi sesi 2026:
- Bola baling – https://photos.app.goo.gl/npnGhwiAJULEyqDe7
- Bola sepak – https://photos.app.goo.gl/j4ocLK5vP3e18S6j8
- Ragbi – https://photos.app.goo.gl/bAHCKwJpUBEnawmf7
- Hoki – https://photos.app.goo.gl/vh2bWoewDDuhwofa8
- Bola jaring – https://photos.app.goo.gl/jJWiRedrG219nq9VA
- Badminton – https://photos.app.goo.gl/h1NokkMQTmLSARSj9
- Bola tampar – https://photos.app.goo.gl/hLpSDg4cctFWMkMh9
- Olahraga – https://photos.app.goo.gl/5FGFwagKvX6MZ3yz5
- Kriket – https://photos.app.goo.gl/RGiNJzWhhCen7aA47
- Petanque – https://photos.app.goo.gl/whJcJwYB883JR5SN9
- Senamrobik – https://photos.app.goo.gl/UNq8MPJFsdCJi3VW7
Pihak sekolah berharap agar barisan pemimpin muda yang terpilih ini dapat memikul amanah dengan penuh tanggungjawab, sekali gus membantu guru-guru penasihat dalam melancarkan setiap aktiviti sukan yang dirancang sepanjang tahun. Syabas diucapkan kepada semua murid yang berani tampil memegang jawatan!













