SEKOLAH PERTAMA DI MALAYSIA TANPA BUKU TEKS: JPN JOHOR & PPDJB PANTAU PROJEK RINTIS ‘FUTURE GOOGLE CLASSROOM’ SKTMR 2026

SKUDAI, 24 NOVEMBER 2025 – Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mutiara Rini kini sedang memahat sejarah dalam inovasi pendidikan apabila bersiap sedia untuk menjadi sekolah pertama di Malaysia yang mewujudkan kelas tanpa buku teks melalui Projek Rintis Future Google Classroom SK Taman Mutiara Rini Sesi 2026.

Langkah revolusioner ini mendapat sokongan padu daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru. Projek ini bakal dilaksanakan secara rintis untuk satu kelas Tahun 5 dan Tahun 4 secara berperingkat kepada beberapa kelas lain, bergantung kepada kemampuan logistik sekolah.

Bagi memantau persiapan akhir projek ini, satu sesi lawatan dan pemantauan rasmi telah diadakan pada hari Isnin, 24 November 2025, bermula jam 11:00 pagi, bertempat di MindRoom, SK Taman Mutiara Rini.

Sesi pemantauan ini melibatkan delegasi tertinggi daripada JPN Johor dan PPD Johor Bahru, iaitu:

  • Encik Hisham bin Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, JPN Johor.
  • Encik Junit bin Yasir, Ketua Penolong Pengarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi, JPN Johor.
  • Encik Mohd Hairil bin Moh Khambali, Penolong Pengarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi, JPN Johor.
  • Dr. Siti Khadijah binti Anis, Penolong Pengarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi, JPN Johor.
  • Puan Mazelina binti Mahmood, Pegawai SISC+ Bahasa, PPD Johor Bahru.

Kehadiran delegasi ini menunjukkan komitmen peringkat negeri dan daerah terhadap projek digital SKTMR yang dijangka menjadi penanda aras baharu bagi inisiatif pembelajaran abad ke-21.

Projek Future Google Classroom ini bukan sahaja akan menggantikan buku teks fizikal dengan sumber digital, malah ia dijangka meningkatkan interaksi murid-guru, mempromosikan pembelajaran terbeza, dan memupuk kemahiran digital selaras dengan Dasar Pendidikan Digital negara.

πŸ“ΈGaleri Foto: https://photos.app.goo.gl/3x6uBtREjP3n13ku7

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *