DISIPLIN DAN KEPIMPINAN DIIKTIRAF: MURID SKTMR TERIMA PENGTAULIAHAN PANGKAT KOPERAL TKRS PERINGKAT DAERAH

JOHOR BAHRU, 23 NOVEMBER 2025 – Usaha dan komitmen murid-murid dalam unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) telah mendapat pengiktirafan rasmi melalui Ujian Kenaikan Pangkat dan Pengtauliahan Pangkat Koperal (TKRS) dan Sarjan (KRS) Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru.

Kejohanan yang merupakan salah satu acara kemuncak kokurikulum peringkat daerah ini telah diadakan selama dua hari berturut-turut, iaitu pada 22 dan 23 November 2025, bermula dari jam 7:30 pagi hingga 6:30 petang, bertempat di SMK Taman Desa Skudai, Johor. Acara ini dianjurkan secara rasmi oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru.

Seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mutiara Rini, Muhammad Mikail bin Muhamad Firdaus dari kelas 5 Emerald, telah menunjukkan kecemerlangan dan disiplin yang tinggi.

Beliau berjaya melepasi semua ujian dan dinobatkan dengan Pengtauliahan Pangkat Koperal (TKRS) bagi Sesi 2025.

Pangkat Koperal ini adalah pengiktirafan kepada murid yang menunjukkan tahap kepimpinan, disiplin, dan kemahiran kawad kaki yang cemerlang. Pengtauliahan ini bukan sahaja meningkatkan rekod kokurikulum murid, malah ia menyuntik semangat dan motivasi untuk terus aktif dan cemerlang dalam unit beruniform di masa hadapan.

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Mikail dan guru-guru pembimbing TKRS SKTMR atas pencapaian ini.

Link photo: https://photos.app.goo.gl/aSqwuLVGe52ZJaV96

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *