SKTMR MENCARI WIRA DIGITAL: SARINGAN JULUNG KALI CALON TECHXPERT 2026 BERLANGSUNG MERIAH, UJI BAKAT DIGITAL MURID TAHAP 2!
SKUDAI, 13 NOVEMBER 2025 β Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mutiara Rini telah melancarkan inisiatif baharu yang menarik dengan mengadakan Saringan Calon TECHXPERT SKTMR 2026 (Tahap 2) Sesi 1. Program ini merupakan usaha julung kali diadakan oleh Unit ICT sekolah bagi membentuk pasukan teknikal digital yang mantap untuk sesi persekolahan akan datang.
Saringan bagi fasa pertama ini telah diadakan pada hari Khamis, 13 November 2025, bertempat di Makmal Komputer SKTMR.

TECHXPERT didefinisikan sebagai program pencarian Skuad ICT Sekolah bagi sesi 2026. Matlamat utama program ini adalah untuk mengenal pasti dan memilih murid-murid Tahap 2 yang mempunyai potensi serta kemahiran digital yang sedia ada, seterusnya melantik mereka sebagai Skuad ICT Sekolah. Skuad ini akan bertanggungjawab membantu guru-guru dan rakan sebaya dalam isu teknikal dan promosi digital sekolah.
Semasa sesi saringan, murid-murid telah melalui proses temu duga dan diuji dengan pelbagai tugasan yang mengukur kemahiran digital mereka, termasuk keupayaan menggunakan perisian, mengurus peranti, dan menyelesaikan masalah teknikal asas.
Inisiatif TECHXPERT ini membuktikan komitmen SK Taman Mutiara Rini dalam memperkasakan pendidikan digital dengan melibatkan murid secara langsung dalam pengurusan teknologi. Diharapkan skuad yang dilantik nanti dapat menjadi duta teknologi dan penyebar ilmu digital di sekolah. Sesi saringan seterusnya dijangka akan menyusul tidak lama lagi.
πΈ Link gambar : https://photos.app.goo.gl/Xh4HWcGdWGWTrpqC7













