LAWATAN PENANDA ARAS TS25 KOHORT 6 JPN DAN PPD PAHANG KE SK TAMAN MUTIARA RINI
8 Mei 2025 β Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini (SKTMR) telah menerima kunjungan istimewa daripada rombongan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pahang sempena Lawatan Penanda Aras Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 6.
Lawatan yang bermula pada jam 9:00 pagi ini melibatkan seramai 38 orang pegawai dari JPN dan PPD Pahang. Rombongan disambut mesra oleh barisan pentadbir serta guru-guru SKTMR di perkarangan sekolah.

Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau amalan terbaik dan keberkesanan pelaksanaan inisiatif TS25 di SKTMR, yang merupakan salah sebuah sekolah pelaksana TS25 yang aktif dan progresif. Antara pengisian program ialah sesi taklimat, pembentangan amalan terbaik bilik darjah, lawatan ke bilik-bilik khas, dan perkongsian amalan pengurusan sekolah.
Kehadiran para pegawai dari luar negeri ini memberi peluang kepada pihak SKTMR untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam usaha memartabatkan kualiti pendidikan serta memperkukuh budaya sekolah cemerlang.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JPN dan PPD Pahang atas kesudian menjadikan SKTMR sebagai lokasi rujukan, sekali gus memberi suntikan semangat kepada seluruh warga sekolah untuk terus mengekalkan kecemerlangan transformasi pendidikan.
Galeri gambar program : https://photos.app.goo.gl/tCoNVUFoECEcUjDK8













