JALINAN MUAFAKAT IBU BAPA DAN GURU TAHUN 6 2025 PERKUKUH KERJASAMA DEMI KECEMERLANGAN MURID
9 Mei 2025 β Program Muafakat Ibu Bapa dan Guru Tahun 6 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Dataran Ilmu, Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini (SKTMR) bermula dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Program ini bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim dan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam memastikan kejayaan anak-anak Tahun 6 yang bakal menduduki ujian penting pada penghujung tahun. Perbincangan yang diadakan turut menekankan aspek sokongan moral, akademik dan sahsiah yang perlu digembleng secara bersama antara guru dan ibu bapa.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada barisan pentadbir dan diteruskan dengan sesi taklimat akademik serta perkongsian strategi pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru Tahun 6. Kehadiran ibu bapa yang amat memberangsangkan menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan anak-anak.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua barisan pentadbir, guru-guru Tahun 6 serta para ibu bapa yang hadir. Kehadiran dan sokongan anda semua menjadi pemangkin semangat untuk murid-murid melakar kecemerlangan.
Semoga jalinan muafakat ini akan terus diperkukuh demi kejayaan anak-anak didik SKTMR.
Galeri gambar program : https://photos.app.goo.gl/nTvgNsfenMPq7ky87













