TARIAN TAMURI KENCANA SKTMR CEMERLANG: MERIAHKAN PELANCARAN MONSUN TIMUR LAUT KPM DI ANGSANA JB

JOHOR BAHRU, 27 OKTOBER 2025 – Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mutiara Rini telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan tarian kebudayaan di majlis rasmi peringkat kebangsaan, iaitu Majlis Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Menghadapi Monsun Timur Laut.

Majlis penting yang dihadiri oleh wakil-wakil dari seluruh negara itu telah berlangsung pada Isnin, 27 Oktober 2025, jam 12.00 tengah hari, bertempat di Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.

Selain persembahan kebudayaan, majlis ini turut menjadi platform untuk Pelancaran Rasmi Pasukan Tarian Tamuri Kencana SK Taman Mutiara Rini. Pelancaran pasukan ini disempurnakan oleh Guru Besar SKTMR, Encik Mohd Faruze Bin Iberahim, bersama-sama dengan Naib Yang Dipertua (NYDP) PIBG, Encik Mohamad Zaki Bin Mohamad Roslani, yang mewakili komitmen bersama sekolah dan komuniti dalam memperkasakan seni dan budaya.

Pasukan tarian SKTMR yang mempamerkan persembahan memukau itu telah dibimbing oleh empat orang guru dan AKP yang berdedikasi:

  • Puan Norhazirah Binti Ahmad Adnan
  • Cikgu Siti Sarizah Binti Md Saril
  • Cikgu Norkaimah Binti Sulaiman
  • Puan Asza Asma Binti Md Aris

Kehadiran Pasukan Tarian Tamuri Kencana bukan sahaja menyuntik elemen seni budaya dalam majlis rasmi KPM, malah turut mengharumkan nama sekolah di persada negeri dan kebangsaan.

Penglibatan SKTMR dalam majlis kesiapsiagaan monsun KPM ini menunjukkan pengiktirafan terhadap bakat seni murid dan kualiti program kokurikulum yang dijalankan di sekolah.

πŸ“Έ Galeri foto :
https://drive.google.com/drive/folders/14zoXyoxwNgpapzi4-UZSdjsC1LTDRmQw

https://photos.app.goo.gl/5SMBw4JMp81kZdz68 (Rehearsal)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *