SK TAMAN MUTIARA RINI UNGGUL DALAM KARNIVAL PROGRAM ADAB DAN NILAI PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2025
8 Mei 2025 β Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini (SKTMR) terus mencipta kejayaan apabila tiga orang muridnya berjaya mengharumkan nama sekolah dalam Karnival Program Adab dan Nilai Peringkat Daerah Johor Bahru 2025 yang berlangsung di SK Temenggong Abdul Rahman 1, Johor Bahru, dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Karnival anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru (PPDJB) itu menghimpunkan peserta dari seluruh daerah bagi memperkukuh nilai murni serta kecemerlangan dalam penghayatan Al-Quran. SKTMR mewakili Zon Iskandar Puteri dengan menghantar tiga orang peserta cilik yang membanggakan:
- Nur Raihanah Binti Muhammad Mubarak (3 Ruby) β Johan Hafazan Al-Quran (Perempuan)
- Mohamed Aqil Bin Mohd Farihan (3 Sapphire) β Naib Johan Hafazan Al-Quran (Lelaki)
- Muhammad Ammar Bin Muhammad Mubarak (5 Ruby) β Tempat Ketiga Tilawah Al-Quran (Lelaki)
Walaupun ketiga-tiga peserta tidak dapat hadir ke majlis penyampaian hadiah kerana perlu menyertai pertandingan Tilawah Sekolah Agama di Sekolah Agama Damai Jaya pada hari yang sama, pencapaian mereka tetap diraikan dengan penuh kebanggaan.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa yang sanggup berkorban masa dan tenaga dalam memberi sokongan penuh terhadap anak-anak mereka. Kejayaan ini mencerminkan kecemerlangan holistik murid-murid SKTMR dalam bidang akademik dan sahsiah.
Tahniah dan syabas! Semoga terus maju jaya dalam mencintai dan menghayati nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.



















