INISIATIF LESTARI DI SKTMR: SEKOLAH TERPILIH RINTIS PROJEK PENUAIAN AIR HUJAN NEGERI JOHOR

SKUDAI, 28 OKTOBER 2025 – Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mutiara Rini telah diberi pengiktirafan dan kepercayaan untuk menjadi salah sebuah sekolah perintis bagi Projek Penuaian Air Hujan Negeri Johor Tahun 2025.

Lawatan tapak projek penting ini telah diadakan pada hari Selasa, 28 Oktober 2025, bermula jam 9:30 pagi di Laman Lestari, SK Taman Mutiara Rini.

SK Taman Mutiara Rini menerima kunjungan kolaborasi antara Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor dan tiga orang pegawai daripada Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang. Kunjungan ini bertujuan meninjau kesediaan dan potensi sekolah untuk melaksanakan program kelestarian tersebut.

Pihak sekolah mengesahkan bahawa SK Taman Mutiara Rini terpilih daripada beberapa sekolah di Johor untuk merintis program inovatif ini. Pemilihan ini membuktikan komitmen sekolah terhadap agenda kelestarian dan tanggungjawab alam sekitar.

Hasil lawatan tersebut, sekolah akan menerima tajaan set alat penuaian air hujan yang lengkap. Peralatan ini bukan sahaja akan menyokong aktiviti kelestarian sekolah, malah turut membantu mengurangkan bil air dan memupuk kesedaran murid tentang pengurusan sumber air yang cekap.

Dua orang guru dan AKP yang menjadi penyelaras bagi program ini ialah Ustazah Syadiah binti Muhammad dan Puan Chik bin Ahmad.

Inisiatif ini diperjuangkan di bawah semangat #SKTMRDigitalLead dan #FabulousRini, sejajar dengan usaha sekolah mempraktikkan #InovasiDigital dan kelestarian dalam pengurusan harian. Kejayaan perintis ini diharapkan dapat menjadi model kepada sekolah-sekolah lain di Johor.

πŸ“Έ Galeri Photo:https://photos.app.goo.gl/hXKa3tRvHMz1zKwF9

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *