MURID PRASEKOLAH SKTMR BERSINAR DI KARNIVAL CILIK: SEMUA EMPAT PESERTA RANGKUL HADIAH PERTANDINGAN MEWARNA!

SKUDAI, 15 NOVEMBER 2025 – Murid-murid Prasekolah Seri Mutiara dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mutiara Rini telah mencatat kejayaan memberangsangkan apabila kesemua wakil mereka berjaya merangkul hadiah dalam Pertandingan Mewarna Sempena Karnival Cilik 2025 di SK Taman Skudai Baru 2.

Pertandingan yang menguji kreativiti dan kemahiran seni murid-murid prasekolah ini telah berlangsung pada hari Sabtu, 15 November 2025, dari jam 9:30 pagi hingga 11:30 pagi, bertempat di Kantin SK Taman Skudai Baru 2.

Seramai empat orang murid Prasekolah Seri Mutiara telah menyertai pertandingan tersebut di bawah bimbingan guru pengiring, Cikgu Asza Asma Md Aris.

Kesemua peserta dari Prasekolah SKTMR bukan sahaja menyertai, malah berjaya membawa pulang hadiah kemenangan, sekali gus membuktikan bakat seni dan tumpuan yang baik dalam kalangan anak-anak cilik ini:

  • Adik Nurul Mya Humaira binti Khairul Anuar – Tempat Ke-4
  • Adik Nursafwah Hayfa binti Hairizhal – Tempat Ke-5
  • Adik Meirose binti Khairol Nizam – Tempat Ke-6
  • Adik Na’ila Fadhia binti Mohd Fadzil – Tempat Ke-8

Pencapaian ini amat membanggakan kerana ia menunjukkan pembangunan holistik murid bermula dari peringkat prasekolah lagi. Pihak SK Taman Mutiara Rini mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan guru pembimbing atas kejayaan ini dalam mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah.

πŸ“±

Galeri Photo
https://photos.app.goo.gl/HQjPKTWsLRVb95R59

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *