KECERGASAN DIUTAMAKAN: SK TAMURI JAYAKAN UJIAN SEGAK BIL. 1/2026 DAN HARGAI SUMBANGAN QUARTERMASTERS
SKUDAI, 10 APRIL β SK Taman Mutiara Rini (SKTMR) telah berjaya melaksanakan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) Kelompok Bil. 1 bagi Tahun 2026. Program yang berlangsung sepanjang minggu bermula 6 hingga 10 April ini melibatkan semua murid Tahap 2, bertujuan untuk memantau dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal murid selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ujian SEGAK (Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan) ialah satu bateri ujian standard yang diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengukur dan menilai tahap kecergasan fizikal murid sekolah (Tahap 2 hingga Menengah Atas) berasaskan kesihatan. Ia dijalankan dua kali setahun (Mac/April dan Ogos/September) untuk menggalakkan gaya hidup sihat.
Komponen Utama Ujian SEGAK terbahagi kepada 6 yang perlu dilakukan oleh setiap murid
- Jisim Badan (BMI): Mengukur berat dan ketinggian.
- Naik Turun Bangku (3 minit): Mengukur daya tahan kardiovaskular.
- Tekan Tubi (1 minit): Mengukur daya tahan dan kekuatan otot (bahagian atas badan).
- Ringkuk Tubi Separa (1 minit): Mengukur daya tahan dan kekuatan otot abdomen.
- Jangkauan Melunjur: Mengukur kelenturan.
Sepanjang ujian berlangsung dari jam 7:30 pagi hingga 1:20 petang, murid-murid telah diuji melalui beberapa komponen utama termasuklah ukuran Indeks Jisim Badan (BMI), ujian naik turun bangku, tekan tubi, ringkuk vena separa, dan jangkauan melunjur. Pelaksanaan ujian ini telah diselia dengan rapi oleh barisan pegawai yang terdiri daripada: Cikgu Sufian selaku Ketua Panitia PJPK, Cikgu Redzuan, Cikgu Syahrizan, Cikgu Alif, Cikgu Afiqah, Cikgu Alia dan Cikgu Aini
Di samping fokus terhadap kecergasan murid, pihak sekolah turut mengambil inisiatif mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada para Quartermasters yang terlibat. Sijil tersebut disampaikan sebagai tanda pengiktirafan atas dedikasi dan bantuan teknikal yang diberikan oleh kumpulan murid ini dalam memastikan kelancaran pengurusan alatan dan stesen ujian sepanjang minggu berkenaan.
Pihak sekolah berharap agar keputusan ujian SEGAK ini dapat menjadi panduan buat murid dan ibu bapa untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Tahniah diucapkan kepada semua murid atas kesungguhan yang ditunjukkan, serta setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan guru dan Quartermasters yang telah memastikan kelancaran program ini dari awal hingga akhir.
Pautan Gambar : https://photos.app.goo.gl/RuV9JjeJhk5ktJPfA














