BERI PENGHARGAAN BUAT GENERASI MUDA: SKTMR MAIN SAMBIL BELAJAR DALAM EDUFUN KIDS DAY 2025
SKUDAI, 11 NOVEMBER 2025 β Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mutiara Rini hari ini mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak yang meriah dan bermakna menerusi penganjuran EduFun Kids Day 2025.
@sktmrjba1093 Edufun Kids Day! Gerai jualan oleh ibu-ibu SKTMR untuk kelas anak-anak mereka #FabulousRini #EduFunKidsDay2025 β¬ original sound – SK Taman Mutiara Rini, JB
Sambutan yang menggabungkan elemen pendidikan (Edu) dan keceriaan (Fun) ini telah berlangsung pada hari Selasa, 11 November 2025, di seluruh kawasan SK Taman Mutiara Rini. Bertemakan Jersey Bola Sepak, seluruh murid dan guru hadir dengan pakaian berwarna-warni, sekali gus menambah semangat sukan dan keceriaan di sekolah.

Guru Besar SKTMR, Cikgu Mohd Faruze bin Iberahim, menyatakan bahawa sambutan ini adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada semua murid atas usaha dan pencapaian mereka sepanjang tahun.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk meraikan anak-anak hebat SKTMR:
- 11 Stesen Permainan EduFun: Diuruskan oleh semua guru SKTMR, murid-murid berpeluang menguji ketangkasan, minda, dan kemahiran sosial mereka melalui pelbagai permainan seperti Memory Master, Fit Fun Focus, Mind Games, IQ Games, Chopstick Cup Battle, Shoot & Win Zone, dan Traditional Games. Beberapa stesen fizikal seperti Bubble Giant, Rocket, dan Bounce & Land Challenge turut menarik perhatian.
- Gerai Jualan Makanan: Urusan makanan dan minuman disokong oleh para ibu PIBG SKTMR yang menyediakan pelbagai juadah istimewa.
- Sambutan Hari Lahir: Acara memotong kek diadakan untuk meraikan murid-murid yang menyambut hari lahir sepanjang tahun, mengukuhkan rasa kekeluargaan dalam komuniti sekolah.
@sktmrjba1093 EduFun Kids Days 2025 #FabulousRini 11 Permainan Menarik #EduFunKidsDay2025 β¬ original sound – SK Taman Mutiara Rini, JB
Sambutan Hari Kanak-kanak kali ini berjaya menyemai semangat kekeluargaan dan keseronokan sambil menerapkan nilai-nilai pembelajaran yang positif. Diharapkan keceriaan ini dapat menyuntik semangat baharu kepada murid-murid untuk terus cemerlang dalam semua bidang.
“Mari kita ber-EduFun sambil meraikan keceriaan kanak-kanak!”
Galeri Gambar : https://photos.app.goo.gl/meRNyH1q8Xieuyq99













