SKTMR PACU LESTARI: GUNA AIR HUJAN UNTUK MASA DEPAN, SEKOLAH PERINTIS JOHOR MULAKAN PEMASANGAN SISTEM!

SKUDAI, 9 NOVEMBER 2025 – Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mutiara Rini kini semakin hampir menjadi sekolah perintis dalam agenda kelestarian Johor apabila kerja-kerja pemasangan Set Alat Penuaian Air Hujan telah dimulakan secara rasmi di kawasan sekolah.

Proses pemasangan ini telah dijalankan selama empat hari, bermula dari hari Khamis, 6 November 2025, hingga Ahad, 9 November 2025, dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Kawasan berdekatan kantin SK Taman Mutiara Rini telah dipilih sebagai tapak projek.

Kerja-kerja ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor dan Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang, berikutan lawatan tapak yang diadakan sebelum ini. Semua barang keperluan untuk pemasangan set telah tiba di tapak projek pada 6 November 2025.

Pasukan pemasangan diketuai oleh Ts Fauzan dan dibantu oleh dua orang pekerjanya. Keseluruhan proses pemasangan pula dipantau secara rapi oleh Mr Jarred, selaku Pengurus Projek, bagi memastikan kualiti dan kelancaran pemasangan.

Dua orang guru dan AKP SKTMR, iaitu Ustazah Syadiah binti Muhammad dan Puan Chik bin Ahmad, turut terlibat secara langsung dalam memantau dan membantu penyelarasan di pihak sekolah.

Projek penuaian air hujan ini dijangka akan menyokong aktiviti kelestarian sekolah, membantu pengurangan kos utiliti, dan yang paling penting, mendidik murid tentang pentingnya pengurusan sumber air yang berhemah. Kejayaan projek ini akan menjadikan SKTMR model sekolah lestari di negeri Johor.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *