SK TAMAN MUTIARA RINI CIPTA SEJARAH: 100% GURU LULUS SIJIL PENDIDIK DIGITAL GOOGLE PERINGKAT ANTARABANGSA!

JOHOR BAHRU, 19 OGOS 2025 – Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mutiara Rini telah mencatat satu pencapaian luar biasa dalam usaha mendigitalkan pendidikan apabila kesemua 64 orang guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah itu berjaya memperoleh sekurang-kurangnya Sijil Antarabangsa Google Certified Educator (GCE) Level 1.

Pencapaian 100% ini meletakkan SK Taman Mutiara Rini sebagai salah sebuah sekolah peneraju yang serius dalam meningkatkan kompetensi digital staf sejajar dengan aspirasi negara dan negeri Johor.

Sijil GCE Level 1 yang diiktiraf di peringkat global ini mengesahkan kecekapan pendidik dalam menggunakan pelbagai alatan dan platform digital Google untuk menyokong proses Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdP) serta pengurusan sekolah yang lebih efisien dan inovatif.

Kejayaan kolektif ini adalah hasil komitmen padu seluruh warga sekolah untuk menyahut cabaran dan aspirasi #DasarPendidikanDigital yang dipacu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dengan peratusan pengiktirafan digital yang penuh ini, SK Taman Mutiara Rini kini berada di landasan terbaik untuk menyokong agenda Johor dalam melahirkan #PendidikKompetenDigital yang fasih teknologi, seterusnya menyediakan murid-murid dengan pengalaman pembelajaran yang relevan dengan keperluan abad ke-21.

Diharapkan pencapaian gemilang ini akan menjadi inspirasi dan penanda aras kepada semua sekolah dan guru di Negeri Johor untuk terus memperkasa kemahiran teknologi demi masa depan pendidikan yang lebih cemerlang.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *