SK TAMAN MUTIARA RINI CIPTA SEJARAH: SEKOLAH PERTAMA JOHOR CAPAI 100% PENSIJILAN GEMINI CERTIFIED EDUCATOR!

JOHOR BAHRU, 25 SEPTEMBER 2025 – Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mutiara Rini, Skudai, telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam tranformasi pendidikan digital apabila seluruh warganya mencapai kejayaan luar biasa. Seramai 64 orang guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) sekolah tersebut disahkan berjaya memperolehi Sijil Antarabangsa Gemini Certified Educator.

Pencapaian bersejarah ini menjadikan SK Taman Mutiara Rini sekolah pertama di Negeri Johor yang mencapai kadar 100% pensijilan Gemini Certified Educator dalam kalangan tenaga pengajar dan staf sokongan mereka.

Pensijilan Gemini Certified Educator, yang diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui laman rasmi pensijilan Google, mengesahkan kecekapan pendidik dalam mengintegrasikan alat kecerdasan buatan (AI) Gemini ke dalam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta urusan harian sekolah.

Kejayaan kolektif ini merupakan bukti komitmen padu warga SKTMR dalam menyahut cabaran dan aspirasi #DasarPendidikanDigital negara, terutamanya dalam memanfaatkan teknologi terbaharu untuk meningkatkan kualiti pendidikan.

Pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan yang membanggakan ini.

“Pencapaian ini bukan sahaja meningkatkan kredibiliti guru-guru kita sebagai #PendidikKompetenDigital, tetapi juga akan memberi inspirasi kepada sekolah-sekolah dan guru-guru lain di seluruh Negeri Johor untuk bersama-sama menguasai teknologi terkini bagi melahirkan generasi murid yang fasih digital,” kata wakil pihak sekolah.

Pensijilan ini dijangka memacu inovasi dalam bilik darjah, membolehkan guru mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih interaktif, peribadi dan berkesan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *