MELENTUR BULUH DARI REBUNG: PRASEKOLAH TAMURI BEJAYA ANJUR PBL ‘MINI HEALTHY FOOD EXHIBITION’ DEMI PEMBELAJARAN BERMAKNA

SKUDAI, 15 MEI – Selaras dengan aspirasi Kemenjadian Murid (KP2026) ke arah pembentukan karakter dan Teras Strategik Kedua dalam Rancangan Pembangunan Murid (RPM) untuk mengoptimumkan potensi setiap murid, Prasekolah SK Taman Mutiara Rini (SKTMR) telah berjaya menganjurkan program PBL – Mini Healthy Food Exhibition. Pameran berimpak tinggi ini telah berlangsung dengan penuh ceria di Kelas Prasekolah SKTMR bermula jam 10:00 hingga 11:00 pagi.

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) merupakan satu kaedah pembelajaran aktif di mana murid-murid cilik dibimbing untuk mengkaji, meneroka, dan menyelesaikan masalah secara praktikal. Pendekatan berpusatkan murid ini membolehkan mereka menyelami topik pemakanan sihat secara mendalam melalui kolaborasi, pemikiran kritis, dan kreativiti, yang akhirnya diterjemahkan dalam bentuk hasil kerja dan persembahan produk makanan sihat pada hari pameran.

Program murni ini turut mendapat sokongan padu dan jalinan kerjasama strategik (networking) daripada pelbagai pihak luar dan dalaman sekolah, antaranya:

  • Unit Kesihatan TAMURI
  • Pulai Springs Health Care Centre
  • Ibu Bapa/Penjaga Murid Prasekolah
  • Seluruh Warga TAMURI

Melalui pelibatan aktif ini, murid-murid prasekolah bukan sahaja belajar mengenali khasiat makanan, malah dapat membina keyakinan diri yang tinggi apabila berkomunikasi dan membentangkan “projek hidangan sihat” mereka kepada para pengunjung. Konsep pembelajaran bermakna (meaningful learning) seperti ini terbukti mampu meninggalkan impak positif dalam sanubari murid berbanding pembelajaran teori semata-mata.

Pihak pentadbiran SKTMR merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas komitmen luar biasa yang diberikan oleh para guru prasekolah, pembantu pengurusan murid (PPM), ibu bapa, serta agensi korporat yang terlibat.

Semoga usaha murni ini menjadi titik tolak kepada pembentukan gaya hidup sihat dan amalan pemakanan yang seimbang dalam kalangan generasi muda “Tamuri” sejak dari peringkat awal lagi.

#PBLPrasekolah #HealthyFoodExhibition #KP2026 #RPMTamuri #FabulousTamuri

πŸ“Έ Galeri Foto Pameran & Kreativiti Murid: https://photos.app.goo.gl/Kd6fxxNuvLpP7pQbA

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *