TAMURI LANCARKAN PROGRAM LESTARI 2026 DEMI KELESTARIAN ALAM SEKITAR
KUDAI, 28 APRIL β SK Taman Mutiara Rini (SKTMR) secara rasminya memulakan langkah hijau melalui Majlis Pelancaran Lestari Tamuri 2026. Majlis yang penuh simbolik ini telah diadakan di Dataran Ilmu SKTMR bermula jam 8:00 hingga 9:00 pagi, melibatkan seluruh warga sekolah daripada barisan pentadbir hingga ke murid-murid.
@tamuriprime BUKU PROGRAM PELANCARAN LESTARI TAMURI
β¬ original sound – SK Taman Mutiara Rini, JB
Program Lestari Tamuri merupakan satu inisiatif jangka panjang sekolah untuk memupuk kesedaran mengenai pemeliharaan alam sekitar dan gaya hidup hijau di peringkat sekolah. Dengan tema yang menekankan keseimbangan ekosistem, program ini bertujuan menjadikan SKTMR sebagai sebuah sekolah yang mesra alam dan lestari.

Antara pengisian menarik sepanjang majlis pelancaran termasuklah:
- Penjenamaan Logo Baharu: Pengenalan identiti visual Lestari Tamuri yang menggunakan kombinasi warna Hijau dan Pink, melambangkan keseimbangan antara alam semula jadi yang segar dan semangat keperihatinan warga sekolah.
- Inovasi dan Projek Baharu: Pelancaran projek berimpak tinggi iaitu Sistem Penuaian Air Hujan untuk kegunaan domestik sekolah dan BFS (Black Soldier Fly) sebagai solusi inovatif pengurusan sisa organik yang lebih efisien.
Pihak sekolah berharap agar program ini tidak sekadar menjadi majlis pelancaran semata-mata, malah menjadi budaya hidup bagi setiap warga “Tamuri”. Melalui pendidikan kelestarian dan inovasi seperti BFS, murid-murid dididik untuk lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar bagi menjamin masa depan yang lebih bersih dan sihat.
Majlis diakhiri dengan azam warga sekolah untuk terus mengekalkan keceriaan dan kehijauan sekolah di bawah payung “Lestari Tamuri”. Syabas kepada jawatankuasa penganjur atas inisiatif murni ini!alkan keceriaan dan kehijauan sekolah di bawah payung “Lestari Tamuri”. Syabas kepada jawatankuasa penganjur atas inisiatif murni ini!
Pautan Gambar : https://photos.app.goo.gl/PpiUqcpS9rAHL7NM8














