SKTMR HOS PROGRAM MAKANAN SELAMAT : PGBM JOHOR BAHRU DAN JABATAN PERTANIAN KERJASAMA GALAK MAKANAN SIHAT
SKUDAI, 14 NOVEMBER 2025 β Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mutiara Rini hari ini menjadi tuan rumah kepada Program Makanan Selamat dan Berkualiti: Jom Makan Sihat yang dianjurkan oleh Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Daerah Johor Bahru dengan kerjasama erat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru dan Jabatan Pertanian Negeri.
Program kesedaran yang bertujuan memupuk amalan pemakanan sihat dan selamat dalam kalangan murid ini telah berlangsung pada hari Jumaat, 14 November 2025, dari jam 7:20 pagi hingga 10:30 pagi, bertempat di Dataran Ilmu SK Taman Mutiara Rini.

Program ini menampilkan dua slot perkongsian ilmu yang amat berharga:
- Slot 1 (8:15 pagi): Perkongsian mengenai Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian myGAP yang disampaikan oleh Encik Mohamad Noralam Bin Sahroni, Ketua Pusat. Beliau menekankan betapa pentingnya hasil pertanian yang mematuhi standard keselamatan dan kualiti.
- Slot 2 (8:45 pagi): Perkongsian kesihatan dari perspektif perubatan oleh Dr. Thamotheran A/L Paramesparan, Resident Medical Officer dari Columbia Asia Hospital Tebrau, yang membincangkan kepentingan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang.
@sktmrjba1093 #FabulousRini β¬ original sound – SK Taman Mutiara Rini, JB
Majlis penutup telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Tuan Hj Yosri Bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor. Dalam ucapannya, beliau memuji usaha kolektif ini dalam memastikan generasi muda memahami sumber makanan mereka.

Turut menyampaikan ucapan alu-aluan adalah Tn. Hj. Basiron Bin Yusof dari SK Taman Universiti 4, selaku Pengerusi PGBM Daerah Johor Bahru. Acara diserikan dengan Gimik Jom Makan Sihat dan penyampaian sijil penghargaan kepada Penyelaras Lestari Sekolah dan cenderahati kepada para penceramah dan perasmi.
Penganjuran program ini membuktikan komitmen berterusan SK Taman Mutiara Rini dalam melahirkan murid yang sihat fizikal dan minda, selaras dengan visi sekolah yang mementingkan aspek kelestarian dan kesejahteraan.













