BERKONGSI CINTA RASUL: SK TAMAN MUTIARA RINI RANGKUL TEMPAT KETIGA PERARAKAN MAULIDUR RASUL MASJID AL-JAWAHIR

SKUDAI, 8 NOVEMBER 2025 – Seramai 30 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mutiara Rini telah menyertai dan berjaya mengharumkan nama sekolah dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025 anjuran Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini hari ini.

Majlis penuh keberkatan ini berlangsung pada hari Sabtu, 8 November 2025, bermula seawal jam 7:30 pagi hingga 11:30 pagi, dengan tumpuan utama di Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini.

Kontinjen SKTMR, yang disertai 30 murid, telah berkumpul di perkarangan masjid pada jam 7:30 pagi, dan menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul bersama kontijen-kontijen komuniti dan sekolah lain yang bermula tepat pada jam 8:00 pagi.

Semangat berpasukan dan keceriaan murid-murid dalam menyampaikan selawat dan berarak telah membuahkan hasil apabila SK Taman Mutiara Rini diumumkan sebagai Pemenang Tempat Ketiga dalam Pertandingan Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025.

Murid-murid telah diiringi oleh dua orang guru pembimbing yang berdedikasi, iaitu Ustazah Syadiah binti Muhammad dan Ustaz Wan Husni Mubarak bin Wan Halim.

Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan kehadiran SKTMR dalam aktiviti keagamaan komuniti, malah turut menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam kalangan murid.

Pihak sekolah berbangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh murid dan guru pengiring dalam menjayakan perarakan ini, selaras dengan matlamat sekolah untuk melahirkan murid yang cemerlang sahsiah dan rohani di bawah semangat #SKTMRDigitalLead dan #FabulousRini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *