PASUKAN JUNIOR BSMM SKTMR BERGURU BALUTAN RELAY: MANFAATKAN PENGUASAAN ILMU PERTOLONGAN CEMAS DI PERINGKAT DAERAH
SKUDAI, 8 NOVEMBER 2025 β Seramai tujuh orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mutiara Rini telah menyertai Pertandingan Balutan Relay Pasukan Junior Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Johor Bahru Tahun 2025.
Acara sehari penuh ini yang bertujuan menguji kemahiran pertolongan cemas asas ahli-ahli junior BSMM telah berlangsung pada hari Sabtu, 8 November 2025, dari jam 7:30 pagi hingga 2:30 petang, bertempat di SMK Mutiara Rini.

Di bawah bimbingan guru penasihat, Cikgu Baanupriya A/P Ramadas, murid-murid SKTMR menyahut cabaran pertandingan balutan secara estafet (relay) yang memerlukan ketepatan, kepantasan, dan kerjasama berpasukan dalam melakukan balutan kecederaan asas.
Murid-murid yang terlibat dalam pertandingan ini ialah:
- Yaeshhwitha a/p Prabu (6A)
- Hadifzikri Bin Syahrizal (6S)
- Muhammad Anas Farhan Bin Md Ridzuan (6D)
- Kaeshini A/P Thilak Kumar (6R)
- Naseh Ulwan Bin Mohd Effendi (6S)
- Triloshini A/P Ganesan (6S)
- Pithavassana A/L Surendren (5R)
Selain pertandingan yang kompetitif, majlis turut dimeriahkan dengan Majlis Penyampaian Kit Bag PBSM. Kit beg tersebut merupakan kelengkapan penting yang akan digunakan oleh ahli-ahli BSMM junior untuk kegunaan aktiviti dan latihan pertolongan cemas di sekolah.

Penyertaan dalam pertandingan ini amat penting untuk memastikan murid-murid BSMM sentiasa bersiap siaga dengan ilmu pertolongan cemas dan dapat mengaplikasikannya dalam situasi sebenar, sekali gus mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah.














HI SAYA PITHAVASSANA A/L SURENDREN
Hi, Pitha..