SEJARAH TERCIPTA! LIMA PANDU PUTERI TUNAS SKTMR TAHUN 6 BERJAYA MERINTIS ANUGERAH TERTINGGI KEBANGSAAN
NEGERI SEMBILAN, 6 NOVEMBER 2025 β Lima orang ahli Pandu Puteri Tunas (PPT) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mutiara Rini telah berjaya menamatkan Cabaran Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya (CAPPTKP) peringkat Kebangsaan, sekaligus melengkapkan siri cabaran terpanjang mereka sepanjang tahun 2025.

Cabaran penamat yang dianjurkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia ini berlangsung selama tiga hari, iaitu dari 4 hingga 6 November 2025, bertempat di INTI Kolej, Negeri Sembilan.
Lima orang murid yang merupakan batch pertama Tahun 6 dan batch perintis PPT ditubuhkan di SKTMR ini telah berjaya merintis penyertaan sekolah dalam Anugerah tertinggi PPT.
@sktmrjba1093 TAHNIAH PANDU PUTERI TUNAS SKTMR 2025/2026! ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KETUA PESURUHJAYA 2025. PERINGKAT KEBANGSAAN.
β¬ original sound – SK Taman Mutiara Rini, JB
Murid-murid yang terlibat adalah:
- Mariatul Ulfah binti Mohamad Firdaus
- Khaleeda Huraiyah binti Hairul Hafiz
- Nur Adriana Raisha binti Md Rasid
- Aleesya Qaisara binti Azizol Jefri
- Nur Ameena Zahra binti Noor Azlee
Tamat Siri Cabaran Intensif 2025

Kejayaan menamatkan CAPPTKP Peringkat Kebangsaan ini menandakan berakhirnya usaha keras dan komitmen murid-murid dalam melengkapkan lapan siri cabaran utama sepanjang tahun. Cabaran tersebut merangkumi pelbagai lencana dan fail kemahiran seperti Fail Prinsip Asas, Fail Topaz 1, 2, dan 3, serta Fail Peribadi.
Mereka juga telah menyertai Perkhemahan Peringkat Negeri dan berjaya menamatkan Cabaran Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya Peringkat Cawangan sebelum melangkah ke peringkat Kebangsaan.
Pencapaian bersejarah ini membuktikan kesungguhan murid-murid dan guru pembimbing SK Taman Mutiara Rini dalam membentuk pemimpin muda yang berwibawa dan berkemahiran. Pihak sekolah mengucapkan syukur dan tahniah di atas kejayaan perintis ini, sambil berharap ia menjadi inspirasi kepada ahli-ahli PPT yang lain pada masa hadapan.













