ERA BAHARU TAMURI OTTER: KABIN “THE NEST” DIRASMIKAN, SIMBOL MUAFAKAT WARGA SK TAMAN MUTIARA RINI

SKUDAI, 1 FEBRUARI – Satu mercu tanda baharu bagi pembangunan sukan sekolah telah tercipta dengan berlangsungnya majlis Perasmian dan Doa Selamat Cabin “The Nest”: Home of Tamuri Otter. Majlis yang penuh bermakna ini diadakan di Tamuri Field bermula jam 6:00 petang tadi, menandakan fasa baharu bagi kecemerlangan pasukan Tamuri Otter.

Majlis telah disempurnakan dengan gilang-gemilang oleh Encik Mohd Hanafi Bin Ali, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, JPN Johor. Kehadiran beliau bukan sahaja menyuntik semangat buat para pemain dan warga sekolah, malah membuktikan sokongan padu Jabatan Pendidikan Negeri terhadap inisiatif pembangunan bakat murid di peringkat akar umbi.

Kejayaan pembinaan kabin “The Nest” ini adalah hasil daripada visi dan sokongan tidak berbelah bahagi oleh Tuan Haji Mohd Faruze Bin Iberahim, Guru Besar SKTMR bersama barisan pentadbir sekolah. Selain itu, Dr. Norman bin Sapar, YDP PIBG SKTMR, turut hadir memberikan sokongan padu, mencerminkan keprihatinan kepimpinan beliau terhadap kemajuan prasarana sekolah.

Antara agenda utama majlis tersebut termasuklah:

  1. Perasmian Cabin TORC (Tamuri Otter Rugby Club): Sebagai pusat operasi dan kediaman rasmi bagi memupuk semangat setiakawan pasukan.
  2. Menandatangani NOU (Notice of Understanding): Kerjasama rasmi antara Tamuri Otter dan pihak sekolah bagi memastikan kelestarian program sukan tersebut.

Penghargaan tertinggi diberikan kepada Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) Tamuri Otter yang disifatkan sebagai “Wira di Sebalik Tabir”. Melalui prinsip “Muafakat Membawa Berkat”, komitmen tenaga, masa, dan kewangan daripada para ibu bapa telah merealisasikan impian untuk memiliki fasiliti yang selesa bagi kegunaan anak-anak didik.

Majlis berakhir dengan doa selamat sebagai tanda kesyukuran, semoga “The Nest” menjadi titik tolak kepada lebih banyak kejayaan luar biasa buat Tamuri Otter di masa hadapan.

Pautan gambar : https://photos.app.goo.gl/ocK7Dh1MFAm57kaB8

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *