KATA ALUAN GURU BESAR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Portal Web Rasmi Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mutiara Rini Sesi Akademik 2025/2026 ini disusun dan dibina sebagai panduan mendepani cabaran dunia pendidikan dalam era abad ke-21 dengan menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Visi dan Misi untuk diterjemahkan dalam tahun semasa bagi mendepani abad yang begitu mencabar minda dan kewibawaan kita sebagai pendidik yang berdepan dengan generasi milenium dan platinum yang serba canggih cara dan corak pemikiran berorientasikan alaf baru dan moden. Akses kepada maklumat dalam portal ini dikawal selia dengan langkah-langkah keselamatan data yang ketat untuk memastikan integriti dan kerahsiaan maklumat pengurusan sekolah. Dalam usaha menyiapkan portal pengurusan ini, Malaysian School Governance (MySG) dan Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) dijadikan panduan.

Bagi Sesi Akademik 2025/2026, pentadbiran sekolah menjadikan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan 9 bidang SKKSM sebagai kerangka kerja dengan menggunakan SKPM Kualiti @ Sekolah sebagai Tool Management pengurusan sekolah. Semua pengguna portal dinasihatkan untuk mematuhi Polisi Penggunaan Data dan Kata Laluan yang ditetapkan bagi melindungi data maklumat sekolah. Semua warga sekolah harus berusaha sedaya upaya untuk menterjemahkan apa yang telah dirancang supaya kerangka kerja ini dapat dihayati dan dilaksanakan bagi mencapai hala tuju yang telah dipersetujui bersama.

Besarlah harapan saya agar warga sekolah bertekad dan berazam untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah yang telah disusun dan didokumenkan dalam portal ini untuk melaksanakan 9 bidang SKKSM untuk memberikan impak positif dalam menjelmakan Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera. Kemenjadian Holistik Pengurusan dan Kemenjadian Holistik Murid akan dijadikan sebagai indikator untuk melihat keberhasilan dan kemenjadian murid.

Akhir kata, semua warga sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan komuniti setempat berganding bahu untuk menjadikan SK Taman Mutiara Rini sebagai sekolah yang luar biasa hebat dengan melaungkan tagline Fabulousrini serta mampu berdaya saing di peringkat Zon, Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sekian, terima kasih.





You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *